MALAYSIAKINI
Perwakilan Perak Datuk Mohd Radzi Manan menegur kepimpinan serta
individu berpengaruh dalam Umno yang didakwanya mengutamakan “kapitan
Cina” selepas pilihan raya umum lalu.
Katanya, usaha itu tidak akan membuahkan hasil kerana sokongan golongan Cina tidak akan bertambah, katanya lagi.
Oleh itu, pemimpin Umno perlu bertindak mengikut keutamaan dengan meraih
sokongan pengundi Melayu dan bukannya memujuk pengundi Cina menyokong
Umno.
"Dulu nak undi cari Melayu, tapi lepas pilihan raya umum cari kapitan Cina... Sekarang warlord kita cari kapitan Cina.
"Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air ke padang pasir. Cucur banyak mana pun, ia akan menyerap.
"Pengundi Cina tak akan bertambah. Umno mesti balik kepada bangsa
sendiri. Mari kita kenal pasti pengundi Melayu bumiputera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden dalam persidangan agung Umno di PWTC pagi ini.
Beliau juga menyeru pemimpin Umno supaya mendampingi semula rakan-rakan
dan generasi muda supaya kembali semua ke pangkuan Umno dan
mengenalpasti keperluan mereka.
"Mungkin mereka tidak berpuashati dengan cara perbelanjaan negara.
Seperti pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua tidak menjadi isu, tetapi
BR1M mereka ingat membazir," katanya
Sehubungan itu, Mohd Radzi menggesa semua pihak untuk membantu Pemuda
Umno dan Puteri supaya lebih kuat berusaha memenangi hati orang muda.
"Bangunlah Pemuda, bangunlah Pemuda. Kamu buat tak cukup seolah-olah
tidak bermaya... Tolong, bantu ketua pemuda dan ketua puteri di
peringkat bahagian, mereka perlu dibantu," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan