Sabtu, 29 November 2014

Khairy gesa Umno contohi 'parti cauvinis'

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Umno mencontohi kejayaan sebuah parti “cauvinis” yang menurutnya semakin banyak menarik penyertaan wanita muda Melayu.

Walau tidak menyebut mana-mana parti secara khusus, ucapan itu dipercayai merujuk kepada DAP yang menonjolkan pemimpin muda seperti peguam, Dyana Sofya Mohd Daud.

"Ada yang tanya kenapa calon tersebut sudah berjaya tarik wanita muda Melayu masuk parti cauvinis itu

"Jawapannya mudah iaitu kerana beliau diangkat oleh parti cauvinis itu.

"Dia diberikan harapan oleh parti cauvinis itu walaupun harapan itu palsu," kata Khairy dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke-65 hari ini.

Nama Dyana dilihat sering meniti di bibir para perwakilan yang berbahas dalam perhimpunan kali ini, terutama di kalangan Puteri Umno dan Wanita Umno.

Ada di kalangan perwakilan tersebut menggelarkan Dyana sebagai "pemimpin mi segera" dan ada juga yang kesal dengan pihak dalam Umno yang mahu menarik peguam muda itu menyertai parti mereka.

Para perwakilan itu juga dikesan kecewa dengan sikap pihak yang membandingkan rupa paras wanita muda dalam DAP dengan anggota Puteri Umno.

Wakil Puteri Umno itu kecewa kerana ada yang sanggup menggelarkan pemimpin Puteri Umno sebagai "anak gajah" kerana berbadan gempal.

Tiada ulasan: