Jumaat, 28 November 2014

Pemimpin Umno yang jual tanah orang Melayu di Pulau Pinang

penang_ferry

  Roketkini.com


GEORGE TOWN: Kenyataan perwakilan Umno Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri dan DAP membeli tanah di Balik Pulau walau betapa mahal pun harganya untuk menghalau orang Melayu adalah fitnah dan penipuan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau merujuk ucapan perwakilan Wanita Umno bahagian Batu Kawan, Rohaya Abu Ismail bahawa kerajaan negeri bertindak ‘mencekik darah’ orang Melayu khususnya melibatkan isu perumahan dan tanah orang Melayu di Balik Pulau, seolah-olah mempunyai ‘agenda tersembunyi’ untuk menghalau orang Melayu di kawasan itu.

“Ini adalah suatu penipuan kerana DAP tidak membeli walau satu inci pun tanah Balik Pulau. DAP hanya membeli bangunan ibu pejabatnya di Ranggon Road di George Town, kata Guan Eng dalam kenyataannya.

Rohaya menuduh kerajaan negeri cuba menghalau orang Melayu dengan membeli tanah mereka untuk dibina perumahan mahal, dan menempatkan orang Melayu di Seberang Perai mengakibatkan penurunan populasi Melayu di Pulau Pinang daripada 41 peratus menjadi 40 peratus pada tahun 2013.

“Ini adalah tidak benar kerana populasi orang Melayu sebenarnya telah bertambah. Umno sendiri boleh memeriksa data-data Jabatan Statistik Kerajaan Persekutuan.

“Pemimpin Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah-tanah orang Melayu demi keuntungan, tegas Guan Eng.

Guan Eng mendedahkan pemimpin Umno di Pulau Pinang membeli tanah orang Melayu dan menjualnya kepada pihak ketiga untuk meraih keuntungan segera.

“Ini jelas dapat dilihat dalam pembelian 10 ekar tanah orang Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau pada 31 Januari 2012 untuk RM8.6 juta daripada 31 pemilik tanah Melayu oleh Maison Height Sdn Bhd.

“Tiga setengah bulan kemudian, pada 16 Mei 2012, tanah yang sama dijual demi keuntungan sebanyak RM5 juta pada harga RM13.5 juta kepada pihak ketiga.

“Bukan DAP, tetapi pemimpin-pemimpin Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka,” tegas Guan Eng. – Roketkini.com

Tiada ulasan: