Ahad, 2 November 2014

Nik Nazmi pertahan lokasi rancang bina gereja

MALAYSIAKINI


 


ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad mempertahankan rancangan pembinaan sebuah gereja dalam kawasan yang diwakilinya.

Mengulas demonstrasi berhubung isu tersebut hari ini, beliau berkata Islam tidak mengajar pengikutnya untuk menghalang pembinaan rumah ibadah bukan Islam.

"Islam tak ajar kita halang pembinaan rumah ibadat agama lain," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau yang juga exco pendidikan Selangor berkata lokasi pembinaaan gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya itu telah dizonkan sebagai kawasan pembinaan rumah ibadah bukan Islam.

"Kawasan itu memang dah dizonkan kawasan rumah ibadat selain Islam," katanya yang juga ketua AMK pusat yang mengulas protes penduduk berhubung pembinaan gereja setinggi empat tingkat di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.