MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau
mengambil pendirian untuk "jujur" kepada rakyat dengan mengemukakan
jumlah sebenar belanjawan negeri bagi tahun 2015.
Menurut Azmin, beliau turut memberi jaminan tidak akan memanggil sidang
dewan bagi membentangkan belanjawan tambahan seperti yang pernah
dilakukan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.
"Kaedah yang dilakukan ketika pembentangan (dulu), ia dibentangkan
dengan kaedah belanjawan berimbang. Tetapi setelah tiga, empat bulan
kemudian akan dibawa semula ke dewan dan mengemukakan belanjawan
tambahan. Jadi ini menyebabkan perbelanjaan itu bertambah setiap tiga,
enam bulan.
"Saya mengambil pendirian yang berbeza untuk mengemukakan secara jujur
kepada Dewan dan rakyat. Ini adalah jumlah yang akan dibelanjakan untuk
(tahun) 2015 daripada awal.
"Saya beri jaminan, tidak ada belanjawan tambahan bagi 2015," katanya
pada sidang media selepas membentangkan belanjawan negeri Selangor 2015
di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam
No comments:
Post a Comment