MALAYSIAKINI
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dengan sinis
meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan
Umno mengenai Akta Hasutan.
Sebaliknya dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala (bawah) yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".
"Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang Umno, PERKASA, ISMA dan suara-suara NGO Melayu lainnya.
"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf
dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau yang nampaknya
kecewa dengan pentadbiran Najib yang telah menarik Akta Keselamatan
Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan pula.
Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang akhbar milik Umno, Utusan
Malaysia turut mencadangkan Najib 'membuka seluasnya' negara ini ke arah
lebih liberal.
"Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glokal.
"Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu
dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan
terhadap Akta Hasutan 48.
"Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya," kata beliau.
Zainuddin
juga meminta agar suara akar umbi Umno dan orang Melayu tidak lagi
diendahkan Najib kerana Idris "adalah menteri kabinet yang berpengaruh
di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh the
most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia."
"Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang Umno,
jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah
tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari
(Lim) Guan Eng yang maki hamun KPN, (Datuk S) Ambiga, siswa bukan Melayu
dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk (Najib) akan
merudum," kata penyokong kuat bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad
itu.
Beberapa menteri kabinet sebelum ini mempertahankan tindakan mengekalkan
Akta Hasutan dan penggunaan dalam siri pendakwaan ke atas pemimpin
pembangkang, NGO, wartawan dan aktivis kebelakangan ini.
No comments:
Post a Comment