Azman menunjukkan pintu sekolah yang sudah rosak dimakan anak-anai.
MACHAP - Percaya atau tidak, peralatan di sebuah sekolah agama di sini, tidak pernah diganti sejak ia ditubuhkan pada 1980.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, meskipun Sekolah Agama Seri Maju Jaya, yang dibina kira-kira 34 tahun lalu itu pernah menjalani proses baik pulih, keadaannya kelihatan semakin uzur.
Ia tidak ubah seperti bangunan tinggal dengan pintu kelas yang reput dimamah anai-anai, cermin tingkap pecah di sana sini, meja guru dan murid terkopak, kipas siling tidak berfungsi serta kawasan sekolah dinaiki semak.
Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Seri Maju Jaya, Azman Norkam berkata, hanya sekali proses penggantian atap bumbung dilakukan di sekolah itu hasil peruntukan daripada kerajaan negeri pada 2005.
Menurutnya, sekolah yang dibina di atas tanah wakaf itu dibina hasil kerjasama penduduk kampung menggunakan peruntukan kerajaan dan pungutan derma penduduk.
“Situasi yang berlaku kepada sekolah yang hanya menampung 175 murid dengan enam guru ini menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan penduduk kampung.
“Kekurangan pelbagai kemudahan seperti kipas dalam bilik darjah menyebabkan murid tidak selesa ketika belajar terutama ketika cuaca panas dan tidak berangin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Azman berkata, selaku wakil ibu bapa murid di sekolah berkenaan, dia amat berharap agar kerajaan negeri mengambil berat masalah berkenaan.
Katanya, peruntukan sebanyak RM4 juta seperti diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini untuk memperkemas kemudahan dan sistem pembelajaran semua sekolah agama amat ditagih.
Tambahnya, tanpa peralatan dan kemudahan terkini, sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran anak mereka akan terjejas.
“Kami mengharapkan perkara ini dapat direalisasikan agar semua murid sekolah agama sama ada dalam mahupun luar bandar mendapat manfaat yang sama hasil daripada pengumuman itu,” katanya.
Azman turut berharap agar sedikit peruntukan dapat disediakan bagi membina laluan berbumbung dan tempat perhimpunan di sekolah berkenaan untuk kemudahan murid terutama ketika musim hujan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng berkata, masalah yang dihadapi sekolah agama berkenaan sudah dalam tindakan pihaknya.
Beliau berkata, sehingga setakat tahun ini, sudah hampir RM40,000 disalurkan di sekolah tersebut untuk proses baik pulih pembinaan pagar, tandas dan bumbung sekolah.
“Setiap tahun pihak kita tidak pernah terlepas daripada menyalurkan sumbangan ke sekolah tersebut berikutan keadaan sekolah yang terlalu uzur dari segi peralatan namun, kita tidak boleh tertumpu di sekolah agama itu sahaja kerana kawasan Simpang Renggam mempunyai banyak sekolah.
“Kita juga akan cuba untuk bantu sekolah ini untuk dapatkan dana bagi membaikpulih bahagian yang dilihat perlu dan berkeperluan,” katanya.

No comments:
Post a Comment