Thursday, September 18, 2014

PEMENANG akan hantar memorandum kepada Raja-Raja

 
Memorandum itu berkenaan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang seharusnya di kekalkan di paras 50% di negeri-negeri di Malaysia yang di ketuai oleh Raja-Raja.


pemenangGEORGE TOWN: Persatuan Orang Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri dan Raja-Raja Tanah Melayu supaya TRM di kekalkan pada paras 50% di negeri-negeri yang di ketuai oleh Raja-Raja berdasarkan satu perjanjian yang di meterai pada tahun 1957.

Presiden PEMENANG Mohd Yussof Latiff berkata, memorandum tersebut akan menekankan pentingnya TRM demi melindungi hak-hak orang Melayu dan perlunya pembangunan-pembangunan yang membawa manfaat kepada masyarakat. PEMENANG juga akan bertemu dengan organisasi-organisasi Melayu yang lain seperti Persatuan Warisan Melayu (PEWARIS) Isnin depan untuk menetapkan dan melengkapkan isi kandungan memorandum tersebut yang di rencanakan akan siap dalam waktu dua minggu.

Mohd Yussof berkata, dasar memorandum berkenaan adalah Perjanjian Persekutuan Tanah Malaya yang di tandatangani oleh semua Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957. Perjanjian yang mengandungi tujuh poin itu yang di kenali sebagai Wasiat Kesultanan Melayu, separuh tanah-tanah di semua negeri-negeri di bawah naungan Raja-Raja Melayu seharusnya di gazet sebagai TRM. Namun Pulau Pinang dan Melaka tidak tertakluk dibawah perjanjian ini.

Sebagai bahan bukti, Mohd Yussof melampirkan kajian ilmiah yang di laksanakan oleh Mohd Hasrol Haffiz Aliasak dari UiTM yang menunjukkan bahawa TRM telah menyusut; dari 15.87% dalam tahun 1921,13.35% di tahun 1955 dan 12% di masa sekarang. Kebanyakkan TRM diambil alih oleh kerajaan pusat dan negeri untuk pembangunan kepentingan umum.

Mohd Yussof menjelaskan bahawa setiap TRM yang diambil, wajib diganti. Namun tidak pernah dilakukan.

“Ini perkembangan yang mengejutkan dan menakutkan kerana perjanjian itu di buat untuk melindungi TRM demi hak-hak orang Melayu.”

No comments: