MALAYSIAKINI
Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, MCA menggesa
kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya melupakan hasratnya untuk
melaksanakan undang-undang hudud.
Ketika membuat gesaan tersebut, Ahli Jawatankuasa MCA pusat, Lua Choon
Hann berkata adalah baik jika PAS boleh membuat pengumuman penting itu
di depan mana-mana wat Buddha di kawasan pilihan raya itu, untuk
menunjukkan keikhlasan dan rasa hormatnya kepada agama bukan Islam dan
orang bukan Islam, khususnya masyarakat Cina dan Thai.
Katanya, PAS telah sekian lama menggunakan kewujudan patung
duduk Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Pengkalan Kubor dan
patung Buddha yang lain di Kelantan sebagai testimoni sikap
keterbukaannya terhadap agama-agama lain.
Oleh itu, tegas Lua, mereka perlu menghentikan usaha untuk melaksanakan undang-undang yang kontroversi itu.
Begitu juga, kata Lua, dengan DAP dan PKR, sebagai rakan gabungan PAS,
supaya mengambil peluang itu untuk memaksa PAS melupakan undang-undang
hudud demi keharmonian rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.
No comments:
Post a Comment