MALAYSIAKINI
Lima universiti Malaysia tersenarai dalam kedudukan 400 teratas dalam ranking berprestij Universiti Dunia QS 2014.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor membuat lompatan terbesar -
Lebih 60 anak tangga - untuk menduduki tempat ke-294 tahun ini.
Menurut kajian terbaru QS, tiga universiti Malaysia berada di kedudukan
300 teratas, didahului institusi pengajian tinggi tertua negara,
Universiti Malaya (di tangga 151), diikuti Universiti Kebangsaan
Malaysia (259) dan UTM (294).
Dua lagi universiti Malaysia yang berada di kedudukan 400 teratas ialah
Universiti Sains Malaysia (309) dan Universiti Putra Malaysia (376).
Kedudukan kesemua mereka meningkat berbanding kedudukan tahun lali di
mana UM (167), UKM (269), UTM (355), USM (355) dan UPM (411-420).
Universiti Malaysia, bagaimanapun, masih ketinggalan jauh di belakang
Universiti Nasional Singapura (24), Universiti Hong Kong (26),
Universiti Kebangsaan Australia (27), Universiti Tokyo (32) dan Seoul
University (35).
Universiti dinilai berdasarkan enam petunjuk yang antaranya reputasi
akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, fakulti
antarabangsa, penunjuk kesan penyelidikan, dan 'citation' setiap
fakulti.
Hanya USM yang merupakan universiti Malaysia yang telah menunjukkan peningkatan dalam semua enam penunjuk itu.
Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) terus tidak bergerak dengan ranking antara 501-550.
Sepuluh univerisiti terkemuka dunia tahun ini ialah:
1. Massachusetts Institute of Technology
2. Universiti Cambridge
3. Imperial College London
4. Universiti Harvard
5. Universiti Oxford
6. University College London
7. Universiti Stanford
8. California Institute of Technology
9. Universiti Princeton
10. Universiti Yale
No comments:
Post a Comment