MALAYSIALINI
Kontrak Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) dilanjutkan setahun dari 20
Sept, 2014 hingga 19 Sept, 2015.
MAS mengumumkan perkara itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Kontrak tiga tahun Ahmad Jauhari dijadual tamat pada bulan ini.
Dilaporkan sebelum ini bahawa Ahmad Jauhari akan terus menerajui entiti
sedia ada MAS sehingga 1 Julai, 2015 untuk melancarkan peralihan
daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula.
Beliau memperoleh dua bulan tambahan berikutan lanjutan kontrak tersebut.
Dilaporkan sebelum ini bahawa pemegang saham utama MAS, Khazanah
Nasional Bhd, mencari calon-calon yang berpotensi daripada industri
penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) baharu MAS.
CEO baharu itu yang bakal menggantikan Ahmad Jauhari akan diumumkan akhir tahun ini, menurut laporan itu.
Di bawah pelan 12 perkara, sebuah syarikat baharu (NewCo) akan
ditubuhkan pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS yang baharu,
penghijrahan tenaga kerja dan amalan kerja serta kontrak yang
bersesuaian ke syarikat baharu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment