Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015
Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Punca, Cukai GST 6%? Setuju : Berdasarkan
semakan yang Berita Semasa lakukan terhadap cukai GST pada pertengahan
tahun 2014, petrol dan diesel tidak berada dalam Senarai Pembekalan
Berkadar Sifar & Senarai Pembekalan Dikecualikan yang mana dilihat
tiada pengecualian untuk caj cukai GST. Walaubagaimanapun….
Walaubagaiamnapun, pada masa itu pihak
Jabatan Kastam dan Eksais belum mengeluarkan kenyataan mengesahkannya
walaupun sudah tertera jelas pada dokumen tersebut, petrol dan diesel
dikecualikan daripada dikenakan cukai GST. Tiada. Ini sudah pasti
merisaukan jutaan rakyat marhaen yang sekali lagi berhadapan dengan
situasi di mana mereka terhadap ubah gaya hidup dan lanskap perbelanjaan
harian dan bulanan mereka dek kerana kenaikan dan peningkatan kos
perbelanjaan minyak mereka kelak.
Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)?
Anda boleh semak satu persatu Dokumen Senarai Pembekalan Dikecualikan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan kastam seperti di bawah ini :
Terdapat 2 kemungkinan harga minyak Petrol & Diesel bagi GST 2015
- Harga minyak petrol RON 95 sekarang adalah berada pada kadar RM2.10 untuk seliter. Boleh jadi kemungkinan pada masa pelaksanaan GST kelak RM2.10 yang dibelanjakan, anda hanya akan dapat 0.95 liter ( Yang mana isipadu minyak dikurangkan). Boleh jadi. Ataupun….
- Ataupun mekanisme keduanya adalah harga minyak petrol RON 95 dikenakan termasuk dengan caj cukai GST. RM2.10 + 6% yang mana terpapar di resit pembayaran anda harga minyak yang anda bayar termasuk dengan caj cukai GST menjadikan ia sejumlah RM2.23 seliter
Kali terakhir kenaikan harga minyak RON
95 naik yang majoritinya digunakan oleh rakyat marhaen di Malaysia
adalah pada bulan September 2013 yang lalu yang diumumkan atas nama
“pelarasan subsidi” atau perkataan yang lebih indah lagi “rasionalisasi subsidi“.
Dan berita terkini berdasarkan laporan
berita Sin Chew Jit Poh, Jabatan Kastam & Eksais telah mengesahkan
dalam forum cukai GST yang dianjurkan Universiti Tunku Abdul Rahman
& Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Syarikat
(MAICSA) di Kuala Lumpur. yang mana setakat ini petrol tidak akan
dikecuali daripada cukai GST. Apa maknanya?
- Mengenakan cukai GST kepada petrol contohnya sama seperti mengurangkan subsidi minyak sejumlah 13 sen ke atas rakyat marhaen
- Natijahnya, kenaikan harga minyak naik lagi akan berlaku
- Nantikan…
Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Patutkah?
Alasan yang dikemukakan oleh Penolong
Pengarah Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ishak Daud tidak
mengecualikan petrol daripada dikenakan cukai GST adalah disebabkan
petrol adalah cukai progresif. Lagi apa kata Ishak Daud?
- Pembayaran tambahan BR1M pada tahun 2015 lebih dari cukup menampung perbelanjaan tambahan melibatkan cukai GST yang dibayar oleh anda semua rakyat Malaysia bermula tahun hadapan
- Ini kerana analisa yang telah dijalankan mengenai pelaksanaan cukai GST 2015, anda hanya perlu bayar RM120 setahun secara puratanya dan pemberian RM300 lebih daripada cukup untuk menampungnya.
Apa respon anda dengan kemungkinan
kenaikan harga minyak naik 2015 dek kerana pertambahan kos perbelanjaan
anda menjelang perlaksanaan cukai GST 6%? Bersedia?
No comments:
Post a Comment