KELAB GREENBOC
Mersing
- Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di
dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di
daerah ini, 4 September lalu. Gambar hiasan.
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun
mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia
yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.
Sebelum itu, dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.
Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah
berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.
Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka
pintu ambulans terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.
Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa
berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun
dia bergelut untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.
Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam. SH
No comments:
Post a Comment