Berucap dalam majlis Makan Malam PAS Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji di sini malam tadi, beliau berkata gesaan tindakan terhadap Unit Amal suatu yang mencabar kewibawaan kerana pasukan itu berkhidmat kepada masyarakat.
"Awas jika nak sentuh Unit Amal, sentuh kami dulu sebab pasukan tersebut bukan pasukan ganas atau pemberontak. Ia adalah pasukan kesayangan ramai masyarakat," tegasnya dengan nada kesal.
Beliau mempersoalkan kenapa Unit Amal diseret apabila berlaku kemelut penahanan anggota PPS setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan PPS pasukan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu berkata, Zahid sendiri pun tahu bahawa pengorbanan anggota Unit Amal sudah terbukti ketika membantu melaksanakan kerja kebajikan terutamanya samasa kejadian banjir di Johor akhir tahun lalu.
"Pasukan Unit Amal telah terbukti berjasa kepada masyarakat iaitu ketika membantu kejadian banjir dan sebagainya. Ia ditubuhkan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berdaftar yakni bukan di bawah parti haram," jelasnya.
No comments:
Post a Comment