MALAYSIAKINI
Pelbagai cara dilakukan bagi menarik perhatian pengundi semasa tempoh
berkempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor antaranya dengan
menganjurkan persembahan dikir barat.
Persembahan dikir barat secara berkumpulan dilihat aktif diadakan setiap malam di pusat daerah mengundi (PDM) BN.
Pendekatan persembahan dikir barat itu digunakan bagi 'memancing' minat pengundi muda.
Persembahan dikir barat yang dibuat sejak hari pertama kempen itu juga dianggotai oleh penduduk tempatan.
Sambutan yang diterima juga menggalakkan apabila ramai generasi muda,
kanak-kanak malah warga tua hadir bagi menyaksikan persembahan itu.
Malah, mereka juga kelihatan terhibur dengan persembahan tersebut.
Lirik dikir barat juga ditulis berkisar tentang suasana pilihan raya dan calon BN, Mat Razi Mat Ail.
Menurut Ketua PDM Kampung Ketil, Mohamad Abdul Kadir, persembahan itu
mendapat sambutan memandangkan golongan muda di kawasan itu menggemari
dikir barat.
"Dikir
barat ini untuk menarik minat orang muda mari (datang) sini. Kita guna
pendekatan dikir barat ini untuk tarik orang mudalah.
"Sambutan memang menggalakkan. Memang orang muda di sini suka," katanya ketika ditemui Malaysiakini.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Wan Ismail Wan Daud,38,
berkata beliau menggemari dikir barat memandangkan ianya merupakan
budaya yang perlu dikekalkan.
"Saya suka (dikir barat). Ini budaya kita," katanya.
No comments:
Post a Comment