KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora dari arah barat di
kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan
dijangka berterusan sehingga Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran bahawa angin
kencang itu yang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak
mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot
kecil, rekreasi dan sukan laut.
No comments:
Post a Comment