KUALA LUMPUR - Orang ramai mula membanjiri Dataran Merdeka dalam Perhimpunan Aman 'Selamatkan Kanak-kanak Gaza'.
Perhimpunan anjuran Aqsa Syarif bersama Viva Palestina (VPM) bertujuan
untuk mempamerkan kepada Israel, kerajaan Amerika Syarikat dan seluruh
dunia bahawa rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman zionis
ke atas kanak-kanak di Gaza.
Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik
hari ini berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan pendirian teguh
dalam solidariti bersama rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment