MALAYSIAKINI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan maklumat kononnya ada penjualan
pemegang kunci dilengkapi peranti pengesan yang membolehkan pembeli
dijejaki pihak tertentu untuk tujuan jenayah.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP
Datin Asmawati Ahmad berkata sehingga kini pihak polis tidak menerima
sebarang laporan berhubung isu tersebut.
"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka
dengan keadaan sekeliling serta mengelakkan dari membuka peluang kepada
penjenayah untuk mengambil kesempatan," katanya dalam satu kenyataan
semalam.
Maklumat itu dilapor disebar meluas melalui media sosial terutamanya
aplikasi Whatsapp mendakwa pembeli pemegang kunci terbabit boleh
dijejaki sindiket tertentu untuk tujuan jenayah seperti rompakan, samun,
rogol dan bunuh.- Bernama
No comments:
Post a Comment