Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira idealogi politik walaupun beliau ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata DAP dan PAS juga sebahagian daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, selain DAP.
“Abdul Khalid adalah ahli PKR tapi Menteri Besar adalah milik semua parti dan semua rakyat. PAS adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian lain adalah PKR dan DAP.
“Kita baru setahun melantik Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kenapa terlalu cepat berubah pendirian? Bagi peluang kepada Abdul Khalid memperbaiki keadaan dan kita bantu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Katanya, persetujuan semua parti dalam PR dan pandangan rakyat Selangor perlu diambil kira bagi menyelesaikan kemelut kerusi Menteri Besar, bahkan kegagalan PR mengambil kira pandangan rakyat akan menyebabkan masalah besar dalam PRU akan datang.
Selain itu, katanya, kemelut yang tercetus sejak Langkah Kajang dimulakan juga boleh menimbulkan rasa bosan di kalangan rakyat dan menganggu kelancaran pentadbiran negeri.
“Rakyat akan bosan kalau kebajikan tidak sampai kepada mereka dan rasa diabaikan. Pada waktu itu, rakyat mungkin akan beralih,” katanya.-NFN-

No comments:
Post a Comment