Tuesday, August 26, 2014

Apakah PKR, DAP terima kalau Adun Pas ditunjuki sebagai MB?

MSO


Mengenai pengisian jawatan MB Selangor yang bakal dikosongkan Abdul Khalid Ibrahim esok, Pas tampaknya ikut sama berangan-angan agar kerusi keramat dan penting itu diberikan kepadanya. Apabila Pas dalam mesyuarat jawatankuasa kerja hari ini memutuskan agar Sultan menentutkan siapa calon penggantinya, ertinya Pas membuka balik pintu jawatan itu yang sudah ditutup tanpa kunci sebelum ini.


Azmin juga layak jadi MB Selangor.
Keengganan 13 Adun Pas menanda tangan SD sokongan kepada Dr Wan Azizan menyerlahkan niat buruk parti agama itu dan memberi gambaran semangat setiakawan tidak dipeatuhi.

Mesyuarat jawatankuasa Pas yang diadakan hari ini telah membuat pendirian itu mengubah pendirian sebelum ini yang mahu dua nama dihantarkan kepada Sultan sebagai pengganti Khalid. Dua nama itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.

Bagaimana pun Pas menarik balik keputusannya itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Selangor untuk memilih atau menunjukan sesiapa sahaja dari kalangan 54 Adun di Selangor. Pas menarik balik dua nama itu apabila PKR memutuskan hanya menghantar satu nama sahaja, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sekali tenguk tindakan Pas itu berpulas-pulas macam tangkai jering, tetapi itulah politik parti agama itu. Dengan membuat begitu, menyerahkan kepada budicara Sultan, Pas boleh berangan-angan, manalah tahu kalau untung sabut timbul dan Adun mereka dipilih menjadi MB, maka akan raya hindulah Pas.

Mungkin Pas berharap kepada kemungkinan itu kerana dari segi majoriti Pas memperolehi majoriti sebab kerusinya 15 berbanding dengan PKR yang kini jadi 13, (selepas ketiadaan Khalid) BN 12, manakala DAP walaupun 15, tetapi dari segi perlembagaan parti itu tidak berhak untuk dipilih sebagai MB.

Bagaimana pun perlu diingat juga, PAS sebenarnya tidak lagi berkedudukan 15 (mendapat majoriti) apabila dua orang Adunnya, Saari Sungip dan Hasnul Badaruddin menyatakan sokongan kepada PKR. Kedudukan dari segi sokongan hari ini PKR 15 manakala PAS 13. Sekali lagi kalau matemetik dijadikan perkiraan PKR mengatasi Pas dan berhak untuk dilantik menjadi MB.

Apakah angka-angka sokongan ini menjadi perhitungan dan dikisahkan oleh Tuanku Sultan? Kalau Sultan berpandukan kepada angka ini, tidak dapat tidak Adun daripada PKR akan dipilih menjadi MB. Dan sepatutnya untuk melihat adil dan telus Sultan perlu berpegang kepada suara majoriti. Sekiranya Sultan tidak memberi perkenan kepada Dr Wan Azizan, maka Azmin lah dipilih sebagai MB Selangor baru.

Sekiranya matemetik tidak diambil kira, maka musibah lain akan berlaku. Kalau Sultan menunjukkan mana-mana Adun Pas untuk menjadi pengganti Khalid, krisis MB Selangor ini akan terus bernyawa.
Jika Sultan mahukan kepada Adun Pas sudah tentu ianya akan dibantah oleh DAP dan PKR atas kekurangan majoriti. Budibicara Sultan yang menyenangkan Pas itu akan diatasi oleh asas dasas demokrasi.

Mereka dalam Pas yang sebelum ini berkebuk marahkan kepada dua Adun yang memberi sokongan kepada Azizah sehingga ada yang menyuruh Pas memecat mereka, akan menyesal dengan tindakan belum baligh itu kerana ia menghilangkan majoriti Pas.

Apabila PKR dan DAP menentang kalau Adun Pas ditunjuk sebagai MB, ibarat kata akan berlaku KECELAKAAN besarlah dimana ia membawa kepada pembubaran DUN Selangor yang tidak diingini oleh sesiapa itu.

Pembubaran DUN Selangor selepas kesediaan Khalid untuk berundur secara paksa ia akan diletakkan atas bahu Pas kerana tidak sedia menunjukkan sokongan kepada PKR sehingga merumitkan pengganti Khalid sebagai MB. Di samping itu "musbah" itu juga akan dipangkukan ke ata bahu PKR terutamanya Anwar Ibrahim kerana tidak bijaksana menyelesaikan dengan mengambil Azmin sebagai pengganti Azizah seperti mana dikehendaki Pas.

Kerumitan ini akan dapat diselesaikan kalau Pas dan Anwar menemui jalan penyelesaian. Tamat.

No comments: