MALAYSIAKINI
Hasrat anggota Parlimen Pakatan Rakyat untuk mendengar taklimat
berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dijadual esok masih tidak
menjadi kenyataan.
Ini ekoran kerajaan hanya akan mengadakan taklimat selepas kesemua
jawatankuasa berkaitan menjalankan siasatan dan terdapat maklumat baru
untuk disampaikan.
"Pada
ketika ini, segala tumpuan sedang diberikan terhadap proses memastikan
perjalanan serta pelaksanaan semua jawatankuasa ini berada di tahap yang
terbaik,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan
Kassim.
"Oleh yang demikian, pihak kerajaan berpendapat taklimat lebih
menyeluruh hanya akan disampaikan setelah jawatankuasa-jawatankuasa ini
menjalankan siasatan dan terdapat fakta-fakta baru untuk diberi
penerangan.”
Pelbagai jawatankuasa penyiasat ditubuhkan bawah Kementerian
Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan jawatankuasa
carian dan menyelamat peringkat antarabangsa.
Awal bulan ini dilaporkan taklimat itu dibatalkan
selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
tidak dapat memberi taklimat kepada gabungan pembangkang itu kerana
terpaksa ke Hawaii.
Surat permohonan untuk mengadakan taklimat kali ini dipohon oleh MP Anthony Loke (DAP-Seremban) pada 2 April lalu.
Loke (kiri) meminta taklimat peristiwa itu diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin sendiri.
"Saya amat berharap YB Loke Siew Fook agar bersetuju untuk menerima
cadangan kerajaan ini kerana beliau juga telah bersetuju untuk menerima
apa-apa cadangan lain," katanya.
Shahidan yang juga MP Arau turut menegaskan "tiada apa yang disembunyikan" kerajaan berhubung insiden itu.
Menurutnya lagi, semua maklumat serta perkembangan terbaru telah
disampaikan secara telus dalam sidang media yang disiarkan secara
meluas.
No comments:
Post a Comment