KUALA LUMPUR: Pendedahan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pentagon tentang kos bagi misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 menimbulkan banyak persoalan.
Mengulas perbelanjaan mencecah lebih RM10.8 juta (AS$3.3 juta) setakat 24 Mac lalu untuk tujuan terbabit, pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berharap inisiatif AS itu berdasarkan prinsip kemanusiaan.
“Dua kemungkinan boleh berlaku sama ada kos sebesar itu ditanggung Malaysia atau AS menolong secara percuma atas dasar hubungan diplomasi,” ujarnya ke tika dihubungi Harakah, 4 April lalu.
Ditanya lanjut implikasi permohonan Malaysia kepada Pentagon sebelum AS menghantar peralatan sonar bagi operasi SAR di Lautan Hindi, beliau berkata, kuasa dunia terbabit kemungkinan boleh mengenakan tuntutan kos ke atas Malaysia.
“Apapun, kita percaya AS membantu atas dasar kemanusiaan dan pertimbangan mengenai tanggungan kos itu bergantung pada sejauhmana perundingan yang berkesan antara Putrajaya dan Washing ton,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment