Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Selepas tempoh bantahan pencalonan bagi jawatan
peringkat pusat ditutup semalam, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menerima satu bantahan terhadap calon
yang bertanding.
Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata bantahan itu dibuat ke atas
seorang calon yang bertanding bagi merebut salah satu kerusi Majlis
Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.
“Bantahan itu menyatakan orang yang bertanding itu tidak layak kerana
dia dikatakan mempunyai masalah disiplin dengan parti. Jawatan yang
ditandingi adalah MPP dan tindakan sudah diambil parti dan tidak layak
kerana ada isu penggantungan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini,
di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sehingga perkara berkenaan diumumkan secara rasmi nanti.
Sementara itu, ketika menyentuh proses pencalonan bagi peringkat
negeri, Johari memberitahu dua buah negeri, Kelantan dan Terengganu
sudah selesai proses penamaan calon, manakala negeri lain iaitu Johor,
Melaka dan Pahang akan mengadakan proses sama, hari ini.
Katanya, Sabah yang dijadualkan berlangsung esok diadakan selama dua
hari iaitu hari ini dan esok bagi memberi peluang kepada calon yang
berada jauh dari pusat penamaan calon.
“Pencalonan setakat ini berjalan lancar, tiada pihak yang bersikap
negatif atau membuat kacau-bilau. Saya harap pemilihan nanti juga
berjalan lancar yang akan bermula, pada 26 April ini.
“Pihak JPP juga cukup bersedia dengan menyediakan peralatan yang
secukupnya dan Prosedur Arahan Tetap (SOP) yang jelas dalam pemilihan
kali ini,” katanya.-NFN
No comments:
Post a Comment