KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang hari ini
mengesahkan bahawa ahli Parlimen PR akan mengadakan pertemuan bersama
pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa depan.
Menurut Kit Siang, sesi taklimat mengenai pesawat MH370 itu telah dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim, namun tempatnya belum diputuskan.
"Perkara ini serius, (MH370) merupakan isu nasional. Shahidan telah bersetuju supaya taklimat diadakan pada 8 Mac nanti.
“Taklimat akan dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri atau Hishammuddin. Kami berharap pertemuan ini berjaya," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, pertemuan ini sepatutnya diadakan pada malam semalam, namun terpaksa ditunda berikutan Hishammuddin terpaksa ke Hawaii untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat (AS)-Asean pertama.
Hishammuddin mulai bermesyuarat di Hawaii bermula 1 hingga 3 April ini, mesyuarat tersebut dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan (AS), Chuck Hagel.

No comments:
Post a Comment