MALAYSIAKINI
Mengupah peguam yang mempunyai kaitan dengan Umno bagi mewakili
Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentang DAP menunjukkan niat politik untuk
menghancurkan DAP, kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng.
Lim mempersoal sama ada Jabatan Peguam Negara telah kekurangan peguam yang profesional dan cekap sehingga perlu mengupah “pejuang” untuk mendiamkan musuh politik BN.
"Mengupah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) sebagai isyarat BN sedang berhempas pulas untuk menghapuskan bukan sahaja Karpal Singh, tetapi juga DAP," kata Lim dalam kenyataan.
Pejabat AG turut menggunakan Shafee untuk mendakwa, bagi pihak mereka, dalam kes kontroversi Liwat II terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments:
Post a Comment