ANTARAPOS.COM
NEW YORK: Sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM97.7 juta) telah
dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian pesawat MH370 yang
hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated Press.
Portal berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan,
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak
AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu.
Katanya, Australia menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan
sebanyak AS$550,000 (RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success
manakala kapal kedua negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak
A$380,000 (RM1.2 juta) sehari.
Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta) sepanjang
menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia
Airlines itu. - AGENSI
No comments:
Post a Comment