Orang politik negara "tigatujuhkosong" (Malaysia) ini mungkin boleh belajar bagaimana sikap terbuka presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) (foto) dalam menerima kekalahan partinya pada pemilu legislatif yang diadakan semalam.
SBY menerima dengan baik dan menghormati keputusan pengiraan awal yang meletakkan partinya Parti Kebangkitan Nasional (PKN) di tangga ke empat dengan mengutip sebanyak 11.9%, tanpa banyak soal dan cuba berdolak dalih.
Katanya, sambil mengucap tahniah kepada parti yang mendapat undi terbanyak, PDI-P, Golkar dan Gerindra, SBY berkata beliau yakin pemilu berjalan dengan bersih dan tidak ada penipuan. Sikap terbuka dan redha diterima SBY ini berbeza dengan sikap dan kelakuan ahli politik negara, "tigatujuhkosong" ini yang sering mencari alasan untuk tidak menerima kekalahan.
Sikap demikianlah menyebabkan politik negara ini sering kali berkecamukan dan ketegangan gara-gara politik berlangsung sepanjang masa sehingga menyusahkan rakyat dan membantutkan pembangunan negara.
Parti SBY, Parti Demokrat (PD) mengutik sebanyak 9.1 peratus berkedudukan di tempat ke empat selepas parti PDI-P pimpinan Megawati Sukrno Puteri yang menduduki tempat pertama dengan kutipan undi sebanyak 18.6 peratus.
Dalam pilihan raya 2009 lalu parti PD memperolehi 26.4 peratus merosot jauh.
Menurut SBY keputusan pengiraan awal undi semalam tidak akan jauh bezanya dengan keputusan rasmi yang akan dikeluarkan awal Mei depan. Dengan kedudukan itu SBY mengakui partinya sudah kalah.
Keputusan yang dikeluarkan oleh badan bebas, Parti Golkar parti yang mirip BN di negara ini menduduki tempat kedua dengan mengutip undi sebanyak 14.6 peratus.
Parti Gerindra yang merupakan pecahan kepada parti Golkar pula berada ditempat ke tiga dengan mengutik undi sebanyak 11.9 peratus undi kemudian diikuti oleh Parti Kebangkitan Nasional (PKN) pimpinan bekas presiden Gusdur yang mendapat 9.8 peratus undi.
Parti Amanat Nasional (PAN) yang pernah dipimpinan Amin Rais mendapat undi sebanyak 7.9 peratus berada di tempat ke lima. Ia diikuti oleh Parti Persatuan Pembangunan (PPP) sebuah parti Islam konvensional ala Pas di negara ini berada di tempat ke enam dengan mengutik undi sebanyak 6.8 peratus.
Parti Islam progresif, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) pula berada di tempat ke tujuh dengan mengutip undi sebanyak 6.7 peratus. Sebuah lagi parti baru pecahan dari Golkar, Parti Nasional Demokrat (Nasdem) menduduki tempat ke lapan dengan mengutip 6.5 peratus. Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) berada di tempat ke sembilan dengan mengutip sebanyak 5.5 peratus, manakala parti Bulan Bintang (PBB) pula berada di tempat ke 10 dengan mengutip undi sebanyak 1.6 peratus.
Parti tercorok ialah Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia mendapat 1.1 peratus undi.
Presiden Indonesia yang lebih mesra dikenali SBY dalam kedudukannya sebagai pengerusi Parti Demokratik (PD), berkata beliau menghormati keputusan pengiraan segera itu dan ia tidak fikir ada pencemaran dalam pemilu semalam.
No comments:
Post a Comment