MALAYSIAKINI
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Kementerian Dalam
Negeri, Jabatan Penjara dan kerajaan membayar lebih RM400,000 kepada M
Ghaur Chandram ekoran kematian anak lelaki berusia 23 tahun di penjara
Sungai Buloh enam tahun lalu.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad pada 13 Februari tahun ini mendapati
pihak berkuasa penjara telah melanggar dalam penjagaan G Uthayachandran
dan cuai dalam tindakan mereka, menyebabkan kematiannya di tangan
penghuni penjara.
Salah satu pintu penjara tidak dikunci pada masa catuan makanan, dengan itu membolehkan penghuni menyerang Uthayachandran.
Hakim Nik Hasmat hari ini memerintahkan tiga defendan itu membayar
RM192,000 (atau kadar RM1,000 kali 16 tahun) sebagai gantirugi khas;
RM100,000 sebagai gantirugi teladan dan RM100,000 sebagai gantirugi am.
Beliau juga mengarahkan kerajaan membayar RM4,000 sebagai perbelanjaan pengebumian dan RM5,000 dalam probet.
"Di samping itu, mahkamah memerintahkan kerajaan membayar RM60,000 sebagai kos kepada plaintif," perintah Nik Hasmat.
Ghaur Chandram (atas, kanan) yang memfailkan saman itu pada tahun 2009
telah menamakan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, pengarah
Penjara Sungai Buloh, pegawai perubatan hospital di penjara, dua warden
dan kerajaan sebagai defendan.
Uthayachandran, 23, yang telah ditahan reman bagi kesalahan berkaitan
dadah meninggal dunia di kantin penjara selepas pengawal gagal menutup
pintu penjara, menyebabkan penghuni lain menyerangnya pada 18 Mei 2008.
Bapanya mendakwa bahawa pihak berkuasa penjara cuai dan telah melanggar dalam tugas mereka menjaga Uthayachandran.
Kakak Uthayachandran G Eshwary berkata walaupun mereka tidak berpuas
hati dengan jumlah tersebut, tetapi mereka terpaksa menerimanya.
Beliau hadir di mahkamah bersama bapanya Ghaur Chandram yang merupakan seorang pemandu teksi.
No comments:
Post a Comment