KUALA LUMPUR - Walau dikecam pelbagai pihak, termasuk dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir mengambil pendekatan enggan layan.
Menurut Marina, beliau tidak akan membuang masa membalas komen yang dilemparkan terhadapnya ekoran hadir menyokong perhimpunan penganut Kristian di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang, Ahad lalu.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut," katanya dipetik sebuah portal, semalam.
Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Terdahulu, Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mempersoalkan tindakan Marina menghadiri perhimpunan menyokong penganut Kristian tersebut.
Menurut Irwan Fahmi, Marina sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan mencari publisiti murahan ketika isu berkaitan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam hangat diperdebatkan.
1 comment:
Wahai datuk, kamu lah satu-satunya anak bekas pemimpin yang punya perdirian berpaksis pada relaiti, tidak terpengaruh hanya dengan menegakkan kemungkaran semata-mata cuma nak cari makan terpaksa ampu sana ampu sini. Teruskan perjuangan, bukan bermaksud anti kerajaan, kamu telah mengambarkan sifat keperhatian dengan kesusahan rakyat. Najib adalah beban kepada negara, dia bukan memimpin tetapi dipimpin oleh kemahuan orang lain yakni Rosmah tersayang. Cuti sana sini seban tahun keluar negara perhabis duit rakyat dan meninggalkan rakyat dalam kesengsaraan menanggong peningkatan kos sara hidup. Jika boleh dapatlah kiranya kamu menganjurkan protes agar Najib disuruh berundur kerana tidak pandai urus-tabir negara. Mulailah dari sekarang.
Post a Comment