KLANG: Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di
badan dan kelar di leher dipercayai dilakukan suaminya yang merupakan
seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam
kejadian di sebuah hotel di sini, awal pagi Isnin.
Menurut laporan Utusan Online, seorang saksi melihat lelaki tersebut
menikam isterinya di dalam bilik hotel tersebut kira-kira pukul 5 pagi.
Saksi tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis.
Lelaki itu dikenali sebagai Ghazalee Ahmad, 58, manakala isterinya
adalah Norazlina Mohamed Saaid, 49, merupakan seorang suri rumah.
No comments:
Post a Comment