MALAYSIA KINI
Pesuruhjaya
PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua penyandang naib
presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa diumumkan pemenang bagi
jawatan nombor tiga parti Islam itu pada muktamar tahunan ke-59 hari
ini.Salahuddin mendapat undi paling banyak, 917 undi diikuti Tuan Ibrahim yang mendapat 849 undi, manakala Husam di tempat ketiga dengan 520 undi.
Dua lagi calon - ahli parlimen Pokok Sena yang juga penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik tewas dalam pertandingan itu apabila masing-masing hanya mendapat 504 dan 364 undi.
Keputusan pemilihan untuk jawatan naib presiden itu sepatutnya diumumkan semalam namun ditangguhkan selepas persetujuan kelima-lima wakil calon untuk mengadakan pengiraan semula.
Pengiraan semula itu diadakan kerana jumlah undi yang diterima oleh para calon "sangat rapat".
Keputusan berkenaan diumumkan oleh pengerusi pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada kira-kira jam 10.50 pagi ini.
Beliau juga mengumumkan seramai 1129 perwakilan layak mengundi namun hanya 1086 kertas undi dikeluarkan dan 6 undi rosak.
No comments:
Post a Comment