- Alif Mustapha
KUALA LUMPUR - Empat pertubuhan mahasiswa hari ini menghantar Memo
bantahan Pro Mahasiswa UIAM 'Pemilihan Presiden MPP Tidak Sah' kepada
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Menurut Pengerusi We Unite For Islam (WUFI) Najib Abd Rahim, desakan
campurtangan Suhakam terpaksa dilakukan berikutan terdapat salahlaku
yang berlaku dalam Pemilihan Office Bearers MPP UIAM 2013 / 2014
baru-baru ini.
"Terdapat lima salahlaku antaranya, keraguan yang berlaku ketika proses
pengundian iaitu kertas undi merupakan bukan kertas undi rahsia apabila
kesemua pengundi perlu menulis nama dan fakulti, kedua adalah berkaitan
dengan pemilihan Timbalan Presiden 1 MPP dimana sepatutnya proses
pengundian dilakukan oleh semua MPP namun ia diubah sekaligus bercanggah
dengan Perlembagaan UIA.
"Selain daripada itu kaedah yang dilaksanakan terhadap empat jawatan
tertinggi dibuat dengan cara 'angkat tangan' ," katanya kepada pemberita
selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut di Pejabat Suhakam di
ibunegara tadi.
Penyerahan itu diketuai Najib mewakili WUFI sambil diiringi Gabungan
Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) dan Ma'ruf Club UIAM serta menerima sokongan solidariti
daripada Pro M Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dalam masa sama memorandum bantahan itu juga mempersoalkan tentang
penggunaan kotak pembuangan undi yang dikatakan tidak transparen serta
tiada pemerhati dikalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment