MSTAR ONLINE
ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyelesaikan baki 249
skim perkhidmatan awam selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sejumlah 81 skim yang diumum baru-baru ini mengambil masa tujuh bulan, oleh itu, bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh sama bagi membolehkan semua penjawat awam menikmati skim baharu berkenaan.
"Kalau boleh kerajaan perlu beri maklumat awal bagi membolehkan Cuepacs memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai kedudukan skim mereka dan kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya.
"Saya yakin 249 baki skim yang tertangguh itu tidak kritikal untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selesaikan," katanya kepada pemberita pada sesi dialog bersama anggota Cuepacs di Bangunan Sultan Abdul Halim, Sabtu.
Omar berkata ini kerana ada penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan penambahbaikan skim itu, yang melibatkan lebih 600,000 petugas, di bawah Bajet 2014.
Beliau berkata Cuepacs sudah menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan JPA bagi menambah baik skim perkhidmatan bagi lebih 700,000 daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta penjawat awam, termasuk unit beruniform.
"Saya harap penjawat awam yang terlibat dalam penambahbaikan skim dapat melakukan tugas dengan baik sekali gus dapat melonjakkan produktiviti kerja," katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment