Wednesday, September 25, 2013

Indeks jenayah bandar raya Shah Alam turun 30 peratus


mbsa


SHAH ALAM: Data polis menunjukkan indeks jenayah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkurangan sebanyak 245.28 kes bagi setiap 100,000 penduduk antara Januari hingga OGos berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengurangan sebanyak 30.48 peratus itu membuktikan MBSA mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebanyak lima peratus.

MBSA juga mencatatkan pengurangan bagi indeks jenayah jalanan apabila mencatatkan pengurangan 36.78 peratus mengatasi 20 peratus yang ditetapkan.

Ia dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis MBSA kali ke-9 bagi 2012/ 2013 hari ini di Wisma MBSA di sini, bagi membincangkan jalan penyelesaian bagi isu yang dibangkitkan ahli majlis.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata, kejayaan itu diraih hasil kerjasama pihak keselamatan dan orang ramai dalam membendung kejadian jenayah.

“Ini hasil usahasama kita dengan polis seperti meningkatkan pencahayaan dengan memasang lampu dan menambahkan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik.

“Kerjasama orang ramai juga penting,” katanya sambil menambah ia sebahagian dari kejayaan inisiatif  Shah Alam sebagai bandar selamat.- FZL

No comments: