Thursday, September 26, 2013

DAP kesal kerajaan UMNO-BN pandang remeh cadangan tubuh IPCMC

liew-chin-tong-at-final-rally


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong hari ini mengecam kegagalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyenaraikan secara terperinci tahap pelaksanaan cadangan Pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Beliau melahirkan kekesalannya berhubung jawapan Zahid dalam sidang Parlimen hari inii yang menggambarkan sikap tidak serius kerajaan berhubung laporan suruhanjaya itu yang antara lain mencadangkan supaya sebuah badan bebas untuk menyiasat salah laku polis (IPCMC) diwujudkan.

“Saya kesal kerana laporan Suruhanjaya Diraja Penambaikan Perjalan dan Pengurusan PDRM yang dikemukakan pada 16 Mei 2005 tidak dipandang serius oleh kerajaan,” katanya.

Dalam jawapan bertulis kepada Chin Tong, Zahid sekadar menjelaskan secara rambang sahaja iaitu daripada 125 cadangan, hanya 90 cadangan dikategorikan sebagai sudah dilaksana, 26 cadangan dalam perlaksanaan manakala 1 cadangan masih dalam peringkat kajian dan 8 cadangan tidak dilaksanakan.

Zahid mendakwa antara perkara yang menyebabkan sebahagian kecil cadangan tidak dapat dilaksanakan adalah kerana ia menyentuh aspek kerahsiaan dan keselamatan negara selain melibatkan kos serta peruntukan kewangan yang terlalu tinggi serta pertindihan akta dan peraturan sedia ada. – Roketkini.com

No comments: