SHAH ALAM : Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahas di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula,” katanya.
Beliau memberi amaran itu di New York Ahad lalu pada sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.
Dipetik dari Malaysia Kini, Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan itu disimpulkannya selepas berbincang dengan Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
“Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah,” katanya.
Proses persempadanan semula dijangka bermula pada hujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat akan membantah sekeras-kerasnya isu persempadanan semula melalui Bersih 4.0 jika dilaksana tanpa prinsip adil dan dipersetujui semua pihak.
- FZL
No comments:
Post a Comment