Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR : Umno menjadikan tawaran Pakatan Rakyat sebagai
idea untuk memancing undi pemandu teksi apabila mengumumkan pemberian
1,000 permit secara individu.
Sedangkan, Pakatan terlebih dahulu mengumumkannya dalam manifesto
untuk menghapus sistem permit teksi yang diberi kepada syarikat kroni
Umno.
Ahli
Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, ketandusan
idea mendorong kerajaan Umno BN menciplak satu persatu tawaran Pakatan
Rakyat dalam manifesto.
“Umno hilang punca, tiada idea. Pembangunan rakyat tidak jadi agenda utama yang sudahnya tiru apa jua tawaran Pakatan.
“Mula-mula serang dulu, lepas itu tiru satu persatu,” katanya kepada Kepada Daily, mengulas perbuatan Umno yang tanpa segan silu mengumumkan tawaran yang ditiru dari Pakatan.
Pakatan dalam manifesto pada 25 Februari, menyebut penurunan harga
kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat supaya mampu
mencapai angka serendah RM25,000.
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop menyifatkan ia akan memufliskan negara dengan alasan kononnya
penghapusan cukai eksais itu akan mengurangkan RM7 bilion hasil cukai
negara.
Kurang sebulan kemudian, kerajaan mengumumkan harga kereta diturunkan
menjelang 2015 tetapi mengakui belum berbincang dengan syarikat
pengeluar kereta untuk berbuat demikian.
“Umno tiada kerangka masa depan, kerjanya ciplak. Umno tiada pilihan
untuk cari idea lain. Cara selamat ialah meniru. Semua ditiru, dari
tawaran untuk hapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional), diberi diskaun.
“Gaji minimum yang ditawar Pakatan RM1,100 tapi kerajaan umum RM900 walaupun BN tiada pendekatan khas,” katanya.
No comments:
Post a Comment