PETALING JAYA : Dakwaan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Manifesto Rakyat akan melonjakkan defisit negara ke paras 11.5 peratus disifatkan tidak berasas malah tidak masuk akal.
Selain itu, beliau turut mendakwa hutang negara akan bertambah ke paras 62.1 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan akan mengakibatkan kerajaan terpaksa berhutang untuk membayar gaji penjawat awam.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kesemua dakwaan itu dibuat tanpa membentangkan sebarang data atau perkiraan, berbeza dengan disiplin Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa mempertahankan rancangan ekonominya menggunakan fakta dan data yang jelas.
Tegasnya, Ahmad Husni masih lagi berada dalam kepompong politik lama yang beranggapan rakyat akan menerima bukat-bulat sebarang angka yang disebut oleh seorang menteri, walaupun ia tidak masuk akal.
“Mutakhir ini rakyat menuntut mana-mana parti politik yang membentangkan dasarnya turut menyertakan analisa yang lengkap sebagai bukti.
“Ini telah dibuat secara terperinci oleh PR sejurus selepas Manifesto Rakyat dibentangkan, analisa lengkap kos setiap program dan bagaimana membiayainya dibentangkan kepada rakyat agar ia boleh dikaji dan diktirik,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Rafizi menambah, sehingga kini Ahmad Husni masih belum menamplikan satu analisa yang membuktikan bahawa kira-kira kewangan PR adalah tidak tepat.
Selarnya, Umno-BN bukan sahaja tidak mampu menghasilkan analisa kewangan yang lengkap, malah mereka juga cuba menyembunyikan kegagalan pengurusan ekonomi di bawah pentadbiran mereka.
“Masalah defisit negara yang berpanjangan sejak tahun 1998 ini sebenarnya dimulakan oleh pengurusan ekonomi Umno-BN.
“Walaupun hasil negara bertambah mendadak terutamanya dengan kenaikan harga minyak mentah sejak tahun 2008, Umno-BN tidak menggunakan peluang itu untuk memotong defisit, sebaliknya pertambahan pendapatan itu dijadikan alasan untuk berboros sedangkan defisit kekal tinggi walaupun hasil negara meningkat,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment