“Derma
politik” kontroversial RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua
Menteri Datuk Musa Aman telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi
“seorang pemimpin Umno”, dakwa bekas ahli parlimen (MP) Barisan
Nasional (BN).
Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing (gambar) yang kini
merupakan MP bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email
malam tadi ahli keluarga “pemimpin Umno” yang beliau tuduh boleh
mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan
pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah
untuk digunakan oleh Umno Sabah.
“Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
“Jika wang
itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan
ke dalam akaun bank peribadi individu?” katanya dalam kenyataan
tersebut.
Bekas
timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun
Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti
pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Bumburing
juga mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana,
dengan mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan
pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa.
Beliau
mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman mengatakan bahawa
MP Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma dengan
mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan.
“Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang?
“Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?” soalnya.
“Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?” soalnya.
Bumburing
dan seorang lagi MP Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan BN
baru-baru ini dan berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat
(PR) mengatakan mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Di Parlimen awal bulan ini, didedahkan bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
Menurut
laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas
permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong,
selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba
menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia.
Akan
tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian
membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua
Umno Sabah itu.
MP
pembangkang di sini tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut
dan menuntut pentadbiran Najib untuk mendedahkan sumber derma tersebut
dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa.
Menurut
laman pemberi maklumat Sarawak Report, yang pertama mendedahkan kes
tersebut, peniaga kayu Sabah Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang
Antarabangsa Hong Kong dengan wang tunai dalam mata wang Singapura.
Pada ketika itu, Chia dilaporkan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong wang tersebut adalah untuk Musa.
Dalam
pendedahan April lepas Sarawak Report turut mendedahkan dokumen
dikatakan dari ICAC Hong Kong menunjukkan peguam Sabah memegang US$30
juta (RM90 juta) dalam akaun bank Swiss untuk Musa.
Laporan
itu juga mendakwa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam
matawang Euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura telah
disalurkan dari beberapa firma diuruskan oleh Chia yang berpangkalan
di Hong Kong untuk beberapa syarikat British Virgin Island dan
seterusnya kepada akaun peguam Swiss perguam tersebut.
Tetapi
apabila menjelaskan isu ini di Parlimen Isnin lepas, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa Chia
tidak pernah ditangkap dengan tunai di Hong Kong dan tidak pernah
ditangkap oleh ICAC.
Nazri
berkata RM40 juta sebenarnya dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong
Kong, yang kemudiannya perlu dipindahkan ke sebuah akaun dalam bank
Switzerland.
No comments:
Post a Comment