Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritenden Tuah Masrom berkata, penjenayah sudah mengumpil mesin tersebut, tetapi gagal melarikan peti wang tunai.
Anggota bomba dari Subang Jaya berjaya memadamkan api pada kedua-dua ATM pada jam 5.10 pagi.
Suspek dipercayai lebih daripada dua orang cuba membuka pintu kedua-dua mesin ATM mengguna gas Oxy-Acetylene.
Siasatan lanjut pihak polis menemui pemetik api dan sebotol minyak tanah di lokasi kejadian.
Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti suspek terlibat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kerja khianat menggunakan api.
No comments:
Post a Comment