Oleh : KUNING77 ALOR SETAR – Ahli-ahli majlis PBT Kedah (lantikan politik) akan membuat laporan polis yang kedua pada minggu ini berhubung isu permohonan tanah oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. di kawasan Bandar Kuah, Langkawi. Menurut Ir Mohd Jamal Nasir, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah (KLCS), pihak akan membuat laporan polis kedua ke atas Datuk Rasli pada Khamis ini. Katanya, kali ini pihaknya akan membuat laporan berhubung isu permohonan sebidang tanah oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. di Lot PT. 1501, Sekyen 6 di kawasan Bandar Kuah, Langkawai Kedah Darul Aman, dimana syarikat berkenaan didakwa mempunyai hubungan keluarga rapat dengan Datuk Rasli sendiri. Sumber dari Pejabat Tanah Langkawi, anggaran keluasan tanah tersebut ialah 1817 meter persegi (19,558 kaki persegi), dianggarkan bernilai hampir RM 1 juta. Tanah berkenaan adalah tanah bandar, Luar Simpanan Melayu berada di kawasan perkhidmatan Majlis Perbandaran Langkawi, ia terletak bertumpu dengan lot-lot hakmilik bersebelahan dengan Hotel Grand Continental, Langkawi. Mohd Jamal berkata, tujuan laporan ini untuk membolehkan pihak polis membuat siasatan sejauh mana penglibatan dan penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Rasli sebagai Setiausaha Kerajaan dan pihak-pihak lain di dalam isu ini. Ini kerana, kami mendapati terdapat kecurigaan dan manipulasi kuasa oleh pihak berkenaan tentang proses permohonan tanah tersebut. Katanya, dakwaan kami berasaskan beberapa dokumen berkaitan permohonan tersebut, akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan kefahaman kami bahawa ia menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan manipulasi di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan”. “Difahamkan Bahagian Pembangunan dan Penguatkuasaan, Tanah dan Galian Negeri Kedah terlibat menyediakan kertas kerja tujuan untuk pertimbangan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK), katanya. Maksud kertas kerja ialah mendapatkan kelulusan exco ke atas permohonan tanah tersebut untuk tujuan tapak kediaman kakitangan syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. Namun, terserahlah kepada pihak polis untuk mengklasifikasi laporan kami di bawah kesalahan jenis apa… tanggungjawab kami membuat laporan supaya boleh dibuat siasatan, katanya lagi. Katanya lagi, sekiranya Datuk Rasli melakukan penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran mana-mana undang-undang berkaitan kedudukannya, maka tindakan undang-undang hendaklah di ambil ke atasnya bersesuian dengan undang-undang yang berjalan di Malaysia, sekali gus ia akan menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya menjalankan tugas dengan amanah, telus dan beretika. Sebelum ini, seramai 11 orang ahli-ahli majlis PBT Kedah telah membuat laporan polis berhubung isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi yang didakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Rasli.Walau bagaimanapun, Menteri Besar Kedah (kelmarin) telah menyangkal dakwaan tersebut kerana fakta tidak tepat. |
Tuesday, October 30, 2012
Ahli-ahli Majlis Buat Laporan Polis 2 Ke Atas Datuk Rasli ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment