Sunday, October 28, 2012

Krisis Rohingya: Umat Islam Myanmar batal Aidiladha

Wartawan Sinar Harian

Krisis Rohingya: Umat Islam Myanmar batal Aidiladha
Krisis Rohingya di Myanmar dilaporkan bertambah buruk sejak pertengahan tahun ini. - Foto ihsan CNN
 
YANGON - Ekoran rusuhan berterusan sejak awal minggu lalu, yang menyebabkan lebih 800 premis musnah dalam kebakaran manakala sekurang-kurangnya 60 maut, pertubuhan Islam di Myanmar membatalkan sambutan Aidiladha kali ini.

Tiada sebab diberikan oleh Persatuan Islam Seluruh Myanmar berhubung keputusan mereka, lapor CNN.

Bagaimanapun difahamkan keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Pertubuhan itu dianggotai oleh lima badan Islam utama.

Rusuhan antara masyarakat Buddha dan Muslim di negeri Rakhine bertambah buruk sejak awal minggu ini menyebabkan 800 rumah dan bangunan musnah dalam kebakaran. Setakat kelmarin 64 orang dilaporkan maut.

No comments: