MALAYSIA KINI
Seorang
nenek dan cucu perempuannya yang dalam perjalanan pulang daripada
membeli-belah sempena Deepavali, antara tiga yang maut dalam kemalangan
membabitkan dua kereta di persimpangan lampu isyarat di Taman Suria,
Jalan Tunjang-Jitra di Jitra semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohd Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira 5.40 petang itu, M Kannigah, 61, dan G Rathika, 29, meninggal dunia di tempat kejadian manakala cucu Kannigah, J Thivyaamsheni, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra.
Katanya suami Rathika yang merupakan pemandu kereta yang dinaiki mereka, D Sivaprakash, 33, dan anak perempuannya berusia empat tahun dan abang Thivyaamsheni yang berumur 16 tahun mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di hospital yang sama. Identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun, Ibrahim berkata pemandu serta anggota keluarga kereta Exora yang terlibat dalam kemalangan itu hanya cedera ringan.
Katanya, kereta yang dipandu Sivaprakash yang dalam perjalanan pulang daripada membeli-belah sempena Deepavali di Padang Besar, Perlis dikatakan bergesel dengan kereta Exora itu dan hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu isyarat yang menyebabkannya terbalik.
Ibrahim berkata lampu isyarat di persimpangan tersebut yang tidak berfungsi sejak awal pagi semalam dikatakan menjadi punca berlaku dua kemalangan kecil sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa tiga wanita terbabit.
Katanya mayat ketiga-tiga wanita dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.
Sementara itu, anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani melawat anggota keluarga mangsa di rumah mayat hospital itu.- Bernama

No comments:
Post a Comment