Secara
realiti yang berlaku hari ini, sebenarnya masalah ini dah banyak kali
& kerap kali berlaku. Walaubagaimanapun, ia dilihat sukar untuk
dikekang kerana amalannya tidak meluas. Tetapi…..
Tetapi berlaku apabila ada pertembungan idelogi politik yang bertentangan di kawasan tertentu.
Tapi
agak susah nak kekang sebab ianya bukan melibatkan amalan meluas… tapi
berlaku apabila ada pertembungan melibatkan individu politik kawasan
tertentu sahaja. Akan timbul masalah-masalah yang seperti ini….( LIHAT VIDEO )
Kadang-kadang
kami perhatikan ada kalangan guru yang telah beberapa kali ditukarkan
ke tempat paling ceruk untuk mengajar. Sebenarnya kami kurang bersetuju dibenarkan guru berpolitik di sekolah, tidak kira menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Tidak perlu dibawa idelogi politik anda di sekolah…..
Bab sokongan pada parti ini bagi kami berkait rapat dengan pendirian, tak boleh dipaksa mana-mana guru untuk sokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Itu hak masing-masing sedangkan dalam bab mengundi, “undi anda adalah
rahsia” apatalah lagi Malaysia acapkali diangkat sebagai sebiah negara
yang manhu dikenali dengan negara demokrasi. Maka terpulang kepada
mana-mana daripada anda walaupun bekerja dengan kerajaan, tetapi untuk
undi parti mana terpulang…….kerana itu pilihan sendiri tanpa paksaan.
“Setiap guru ada akal dan pandangan untuk digunakan utnuk membuat pertimbangan”
Kadang-kadang kami perhatikan, sudah menjadi ’unwriten law’
agaknya di Malaysia ni, yang mana kalau anda berkhidmat di dalam
perkhidmatan awam, anda perlu lebih cenderung ke arah Kerajaan/ tak
boleh bersuara mengkiritik/menegur Kerajaan. itu tidak betul.
“Menegur, mengkritik bermakna kita sayangkan kerajaan untuk melihat mereka buat lebih baik”
Seperti
mana-mana ibu-ibu dan bapa-bapa di sini mendidik anak-anak anda.
Bukankah begitu secara praktikalnya? Atau lebih suka dibiarkan hanyut.
Semestinya tidak bukan?
Ya…benar,
kami sedia maklum sebenarnya kalangan guru-guru sudah bersetuju dengan
perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana bersetuju
untuk ditukarkan ke mana-mana sekolah yang telah KPM tetapkan.
Tetapi…ada tetapinya.
Tetapi….jikalau pertukaran
diadakan secara telus untuk mengisi kekosongan, kenapa terdapat
guru-guru berkenaan tidak ditukar ke sekolah kampung sebelah/daerah
berdekatan yang ada kekosongan mendesak?
Isu
pertukaran ni dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Banyak
pihak dari dulu lagi sudah cadangkan “database peringkat Nasional”
kekosongan dan status pertukaran guru tetapi sampai sekarang tidak
dibuat. Sehinggakan pertukaran guru tak boleh dijalankan melalui
“standardize system”. Kenapa? Sebab apa? Kami pulangkan soalan ini
kepada kalangan guru-guru di sini untuk menjawabnya…..
Kami bersetuju jikalau politik tak boleh di sekolah, dan dalam masa yang sama, segala macam politik melibatkan pihak kerajaan sepatutnya dibenarkan di sekolah. Maknanya kedua-dua parti tidak dibenarkan langsung.
Janganlah jadi seperti laporan berita ini, “Guru HITAM – Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH – Patuh Kepada Kerajaan?”
P/S : Apa kata guru-guru dengan politik di sekolah ketika ini?
No comments:
Post a Comment