Harakahdaily, |
Dua IPP yang dilanjutkan konsesi mereka adalah Genting Sanyen Power dan Segari Power Ventures.
Segari dimilikki oleh Malakof Behad yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari manakala Genting Sanyen kini dibeli oleh 1-MDB dari Genting Berhad.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam tulisannya mempertikaikan kenapa kedua-dua IPP ini mendapat layanan istimewa.
"Tindakan ini telah mencetuskan pelbagai tanda tanya yang menjadikan segala dakwaan kerajaan bahawa pemberian konsesi kedua IPP ini adalah telus dan adil, mula di pandang serong oleh pasaran tenaga dan para penganalisa," kata beliau dalam tulisannya.
Beliau juga mempertikaikan, mengapa Genting Sanyen mendapat harga konsesi pada kadar 35.3 sen dan Segari Power mendapat kadar 36.3 sen per kWh yakni lebih tinggi dari loji tenaga baru yang dibina sendiri oleh Tenaga Nasional.
"Kalau ia tidak lagi efisien dan boleh menandingi loji baru, maka perlu kadar yang lebih diberikan? Mengapa tidak dihabiskan sahaja konsesinya dan digantikan?" kata beliau dalam tulisan itu.
Sebelum ini, ketika konsesi IPP jenerasi pertama diberikan, Pengerusi TNB, Tan Sri Ani Arope telah meletakkan jawatannya kerana tiadak berpuashati dengan harga yang dipaksakan ke atas TNB.
No comments:
Post a Comment