Aktivis
Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali
sebagai Raja Komando akan meneruskan saman beliau terhadap Ummi Hafilda
dan Umno Online.Raja Komando ketika dihubungi berkata, laporan polis
telah dibuat pada Jumaat di balai polis Kelang.
Walaubagaimanapun, kes
itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berikutan balai
polis Kelang tidak mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk menyiasat
kes yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber.
Laporan
polis itu dibuat ekoran dakwaan Ummi Hafilda yang disiarkan di dalam
laman web Umno Online yang mendakwa jawatan Raja Komando sebagai
Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah ganjaran selepas
menjadi saksi palsu kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Ummi
Hafilda turut mempersoalkan bagaimana Raja Komando boleh menjadi
pengerusi syarikat terbabit yang menguruskan semua projek pasir di
Selangor jika tidak dengan mengamalkan rasuah.
“Daripada
siapa dia (Ummi Hafilda) dapat cerita mengarut ini? Saya bukan
pengerusi KSSB. Saya mendapat tender dengan mengikuti segala prosedur
yang sah”.
“Saya adalah kontraktor bebas yang membida projek KSSB seperti orang lain juga,” katanya.
“Saya adalah kontraktor bebas yang membida projek KSSB seperti orang lain juga,” katanya.
“Dakwaan
Ummi Hafilda langsung tidak berasas. Bagaimana saya boleh dipanggil
untuk memberi keterangan di mahkamah jika saya adalah saksi palsu dan
tidak boleh dipercayai”.
Terdahulu,
Ummi telah menjelaskan bahawa dia akan membuat laporan finah jenayah
terhadap Raja Komando menyebarkan fitnah kononya Setiausaha Politik Tun
Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin (pada tahun 1998)
mengatakan dia seorang pelacur.
No comments:
Post a Comment