Menteri
Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan
terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan
Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini.
”Terima kasih
Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu
terhadap KGT,” kata beliau melalui twitternya hari ini.Media hari ini
melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial
yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT.
Ketua
Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah
menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT
terlibat dengan penyelewengan.
“Kita
sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat
berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur
penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial.
“Sehubungan itu, polis menutup kes ini,” katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam.
Sebelum
ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis
dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT.
Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya.
Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini.
Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.
Turut
bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT,
Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT.
Husam Musa
pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi
membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh
dua pihak tersebut di samping pihak lain.
Sementara
itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur
kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan
Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir.
“Biar pun
ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak
polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang
dilemparkan pihak terbabit tidak berasas,” katanya di sni.
Menurutnya
segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja
mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di
atas isu yang tidak wujud.
Beliau
juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar
milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang
dilemparkan tidak betul.
No comments:
Post a Comment