Oleh Nazar Hashim
PERMATANG PAUH : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, ibadah puasa di bulan Ramadhan tidak membawa pengertian bagi
pemimpin yang sentiasa menganiaya rakyatnya.
“Ramadhan
(puasa) tidak memberi makna jika wang rakyat disonglap, hak rakyat
disekat, kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin dan kronisme
yang menjadi-jadi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah ramadhan kepada
hampir 1,000 jemaah pada Majlis Solat Tarawikh di Masjid Batu, Kampung
Pertama, dekat sini 23 Julai lalu.
Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, fitnah rutin setiap
hari tidak memberi keuntungan dalam memastikan kerakusan kuasa di tangan
pemerintah.
“Apabila hak rakyat dikhianati, bererti tuntutan al Quran tidak
dijadikan amalan. Pemimpin sebegini juga tidak layak menjadi wakil
rakyat sama ada sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) mahupun Ahli
Parlimen,” katanya.
Anwar berkata, peningkatan indeks rasuah dan jenayah membuktikan
pemimpin negara gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada mereka.
Katanya, pemimpin sebegini harus dinyahkan dari persada politik tanah
air, kerana akan membawa banyak kerosakan kepada agama, bangsa dan
negara
No comments:
Post a Comment