Oleh Masdar Wahid
SHAH ALAM: Exco Selangor, Rodziah Ismail mendesak Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas) menyerahkan pengurusan air kepada kerajaan
negeri kerana syarikat itu gagal bekerjasama walaupun memperoleh RM11
juta setiap bulan hasil pemberian air percuma kerajaan negeri kepada
rakyat.
“Dasar
kerajaan Selangor memberi air percuma kepada rakyatnya turut
menguntungkan Syabas yang menerima RM11 juta setiap bulan, namun
syarikat itu enggan pula bekerjasama dengan kerajaan negeri.
“Jika Syabas tiada idea untuk bagaimana mengurus air tanpa rakyat
dikenakan kos tinggi berterusan, maka berilah laluan kepada kerajaan
negeri untuk menguruskannya,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan
Kebudayaan itu dalam kenyataan.
Syabas juga dituntut tidak menjadi dalang utama dengan cuba menyekat
bekalan air di Selangor yang terus menghalang umat Islam
mempertingkatkan ibadah mereka dalam bulan Ramadhan ini.
Rodziah berkata, walaupun pencatuan air yang ingin dilaksana Syabas
terpaksa ditarik balik, namun, isu itu tidak pernah dibincang syarikat
itu bersama kerajaan negeri.
“Catuan air tidak wajar dilaksana dalam keadaan umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
“Sempena Ramadhan al-Mubarak dan menjelang Syawal, situasi itu (catu
air) amat menyulitkan rakyat, khususnya wanita yang merupakan nadi rumah
tangga yang memerlukan bekalan air saban hari,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment