MALAYSIA KINI
Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit".
Ketika dihubungi, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar.
Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam.
Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana.
Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan".
Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976.
No comments:
Post a Comment